MUTIARA KATA TOKOH
MUTIARA KATA TOKOH KEMERDEKAAN MALAYSIA
Tun Abdul Rahman Negeri kita ini unik. Tidak ada 'isme' yang boleh diimport dari luar negeri. Kita kenalah tadbirkan negeri ini secara sendiri.
Jika kita cuba hendak tiru mana-mana 'isme' dari negeri luar, maka sudah tentu tidak dapat diterima rakyat negeri ini.
Semangat Kebangsaan hendaklah dijadikan baja bagi menyuburkan kemerdekaan yang kita capai.
"...merdeka itu bukanlah suatu bendayang mudah boleh didapat, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan.
Dengan kerananya kitaterpaksa mengorbankan, bukan sahaja wang ringgit dan usaha tenaga bahkan jiwa kita sendiri juga...
Tun Abdul Razak Hussain
Hari Merdeka ialah hari Kebangsaan kita.
Marilah kita membanggakan Negara kita
dan sentiasa berjaga-jaga
supaya tidak dipengaruhi oleh fahaman
Kebangsaan yang sempit.
Jika fahaman kebangsaan yang sempit itu
dibiarkan hidup dengan perasaan
yang meluap-luap maka sifat bertolak ansur
dan tali persahabatan kita dengan negeri-negeri
lain yang bebas akan terkecewa. Dengan
yang demikian maka
terganggulah keamanan dan ketenteraman dunia…”
~~~
“Kita juga telah berjaya memberikan
satu keperibadian yang sama kepada Negara
dengan menjadikan bahasa Malaysia
sebagai bahasa kebangsaan
dan bahasa rasmi yang tunggal di Negara ini
dan usaha-usaha masih lagi
dicari bagi menjadikan bahasa itu
sebagai bahasa kebangsaan dengan
erti kata yang sebenarnya.”
Seorang pemimpin mestilah jujur. Kejujuran yang saya maksudkan, bukan sahaja dari segi sokongan yang diberikan kepada perjuangan parti, tetapi juga dalam pemikiran, pertimbangan dan tindakan..
Tanpa kejujuran yang tulin, seseorang pemimpin akan menggunakan jawatannya sebagai bahan dagangan untuk mencapai kedudukan, mencari pengaruh, nama dan membolot kekayaan. Ia akan menjadikan parti dan perjuangan sebagai topeng untuk memuaskan hawa nafsu. Ia akan mengambil kesempatan daripada sesuatu suasana atau krisis untuk menangguk di air keroh.
Di zaman kursus kilat dan massa komunikasi moden, kebanyakan orang ramai, istimewa pemuda pemudi tidak begitu pandai menghiburkan diri sendiri dengan membaca buku. Tambahan lagi, di zaman ini orang sentiasa mencari jalan pendek untuk pandai. Sebenarnya, tamadun manusia di beberapa zaman dan di beberapa benua membuktikan
bahawa kita hanya boleh mendapat pengetahuan dengan selalu membaca serta berfikir panjang dalam jangka masa yang lama. Tidak kursus kilat untuk menjadikan seseorang itu waras serta cerdik sekelip mata.
“… Kita boleh mempunyai pendapat
yang berbeza dalam politik Negara,
tetapi apabila kita berhadapan dengan
kemungkinan oranin lain cuba menjajah
kita, kita patut rapatkan barisan,
itulah makna patriotism.
Kita rapatkan barisan dan lupakan
tentang perselisihan faham antara
kita supaya dapat menumpukan
kepada segala usaha untuk
mempertahankan Negara…”~~~
“Jelas rakyat dan negara kita amat bertuah"
Comments
Post a Comment