#NEGARAKUSEHATISEJIWA

Kedatangan bulan Ogos setiap tahun yang begitu sinonim sebagai bulan kemerdekaan negara, bulan 
memperkukuhkan jati diri dan semangat patriotisme.

Melalui semangat cintakan negara akan dapat membentuk kearah pembinaan negara bangsa yang bersatu padu. “Negarku Sehati Sejiwa” tema sambutan kemerdekaan pada tahun ini menggambarkan seribu satu makna bagi bangsa Malaysia yang berbilang kaum. Keharmonian dan perpaduan hidup bermasyarakat adalah teras utama yang memacu negara kita untuk terus mengorak langkah kehadapan.

Generasi pasca merdeka, dilahirkan dapat menghirup udara kebebasan, dilimpahi curahan kemewahan kehidupan. Saat mata memandang ke atas, KLCC sudah mencacak tinggi melangit. Hakikatnya, kita generasi pada hari ini tidak melalui kesusahan, kepayahan dan kegentiran zaman sebelum merdeka, baik zaman penjajahan British mahupun zaman pendudukan tentera negara matahari terbit pada Perang Dunia Kedua.Oleh itu,rakyat Malaysia perlulah menghargai setiap titik peluh perjuangan nenek moyang kita yang mempertahankan kedaulatan negara sehingga kita merdeka sekarang

                                    

#NEGARAKUSEHATISEJIWA

Comments