Posts

Showing posts from September, 2017

MUTIARA KATA TOKOH

Image
MUTIARA KATA TOKOH KEMERDEKAAN MALAYSIA Tun Abdul Rahman                                                                                                                                                                                              Negeri kita ini unik. Tidak ada 'isme' yang boleh diimport dari luar negeri. Kita kenalah tadbirkan negeri ini secara sendiri. Jika kita cuba hendak tiru mana-mana 'isme' dari negeri luar, maka sudah tentu tidak dapat diterima rakyat negeri ini. Semangat Kebangsaan hendaklah dijadikan baja bagi menyuburkan kemerdekaan yang kita capai. "...merdeka itu bukanlah suatu bendayang mudah boleh didapat, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan.                                                           Dengan kerananya kitaterpaksa mengorbankan, bukan sahaja                                                            wang ringgit dan usaha tenaga bahkan jiw

SUMPAH ANAK MERDEKA

Image
SUMPAH ANAK MERDEKA Aku anak merdeka Bangkit dari persada luka Berdiri megah di pentas wira Inginku tebus maruah bangsa Aku anak merdeka Terjaga dari ranjang kecewa Berpaksi gagah di panggung perkasa Ingin ku bela nasib bangsa Aku anak merdeka Harapan nusa dan bangsa Akan kutentang petualang negara Yang tegar membuat angkara Aku anak merdeka Di hati semangat waja Di dada penuh satria Ini Tuah akan membela Untuk kubalut luka lama Serunai Faqir,Wangsa Maju

KOMIK MERDEKA

Image
KOMIK

#NEGARAKUSEHATISEJIWA

Image
Kedatangan bulan Ogos setiap tahun yang begitu sinonim sebagai bulan kemerdekaan negara, bulan  memperkukuhkan jati diri dan semangat patriotisme. Melalui semangat cintakan negara akan dapat membentuk kearah pembinaan negara bangsa yang bersatu padu. “Negarku Sehati Sejiwa” tema sambutan kemerdekaan pada tahun ini menggambarkan seribu satu makna bagi bangsa Malaysia yang berbilang kaum. Keharmonian dan perpaduan hidup bermasyarakat adalah teras utama yang memacu negara kita untuk terus mengorak langkah kehadapan. Generasi pasca merdeka, dilahirkan dapat menghirup udara kebebasan, dilimpahi curahan kemewahan kehidupan. Saat mata memandang ke atas, KLCC sudah mencacak tinggi melangit. Hakikatnya, kita generasi pada hari ini tidak melalui kesusahan, kepayahan dan kegentiran zaman sebelum merdeka, baik zaman penjajahan British mahupun zaman pendudukan tentera negara matahari terbit pada Perang Dunia Kedua.Oleh itu,rakyat Malaysia perlulah menghargai setiap titik peluh perjuang

LOGO KEMERDEKAAN MALAYSIA 2017

Image
Tahun: 2017 -Sambutan Kemerdekaan ke-60 tahun. Tema:   Negaraku #SehatiSejiwa

ASAL USUL NAMA MALAYSIA

Image
Asal-Usul Nama MALAYSIA, dan Apa Maknanya? Kita semua tahu bahawa MALAYSIA ialah nama negara kita setelah berlaku percantuman antara 11 negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Sebelum penubuhan Malaysia, kita di Semenanjung Tanah Melayu memanggil negara kita Persekutuan Tanah Melayu. Semasa negara kita merdeka dari British pada tahun  1957, nama negara kita pada masa itu ialah PERSEKUTUAN TANAH MELAYU. Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan pada tahun 1948 oleh penjajah British, dengan persetujuan Raja-Raja Melayu dan UMNO(United Malays National Organisation). Sebelum itu, negeri-negeri yang tergabung di dalam Persekutuan Tanah Melayu di panggil negeri-negeri TANAH MELAYU sahaja. Di dalam bahasa Inggeris, negeri-negeri Tanah Melayu dipanggil ‘Malay States’, sementara Persekutuan Tanah Melayu di panggil ‘Federation of Malaya’, atau ‘Malaya’ sahaja. Dari paparan di atas, jelaslah nama MALAYSIA adalah versi ‘latinised’ berpangkalkan perkataan MALA

MERDEKA!!!

Image
Tahun ini sudah masuk 60 tahun, kita sebagai rakyat Malaysia meraikan kemerdekaan tetapi seringkali apa yang dipersoalkan adalah penghayatan masyarakat mengenai pengertian disebalik sambutan itu. Kemerdekaan membawa definisi yang amat bermakna kepada sesebuah negara yang sudah bebas daripada pemerintahan penjajah. Ia juga ibarat harta yang bernilai dalam menentukan kedaulatan negara dan bangsa. Negara kita juga tidak ketinggalan merasai nikmat kemerdekaan yang sebenar. Dalam menghayati dan mempelajari sejarah, kita dapat merasai erti pengorbanan yang sebenar meskipun kebanyakkan daripada kita tidak pernah melalui zaman dijajah ketika itu. Malah, belajar sejarah juga menjadikan kita mengetahui bagaimana hendak menghargai sejarah negara dan bangsa kita sendiri. Bahkan, kemerdekaan sendiri sudah tertulis sebagai sebuah sejarah yang besar dalam negara kita. Namun, sejauh manakah pemahaman masyarakat kita mengenai erti kemerdekaan yang sebenar? Melihat daripada fenomena pada masa k